2 penjawat awam direman 6 hari bantu siasatan kes rasuah RM10,000

Tarikh: 24/07/2024
img

KOTA BHARU: Dua penjawat awam ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan jumlah RM10,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap suspek masing-masing berusia 33 dan 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Permohonan reman itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam media melaporkan, dua penjawat awam masing-masing seorang pegawai dan pembantu am ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah RM10,000.

Kedua-dua suspek ditahan di Tanah Merah selepas selesai memberi keterangan pada jam 4.30 petang semalam.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, berkata aduan daripada seorang lelaki berusia 60-an mendakwa menyerahkan wang RM10,000 kepada suspek awal bulan ini bagi melepaskan mesin kerja hutan yang ditahan di Tanah Merah.


Sumber: Berita HarianĀ 

MACC FM
My Anti-Corruption Channel