3 ditahan SPRM kes tuntutan palsu lebih RM100,000

Tarikh: 10/08/2023
img

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan tiga individu, termasuk dua pegawai pasukan berseragam, kerana disyaki menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk tujuan membuat tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

 

Difahamkan, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Labuan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

 

Menurut sumber, kesemua suspek itu yang bertugas di Labuan dan Tawau, dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

 

Sementara itu Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan, esok pagi, untuk permohonan reman," katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel