PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.
Baginda bertitah, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini," titahnya kepada Royal Press Office (RPO) seperti dikongsikan di akaun Facebook rasmi baginda hari ini.
Sumber : Berita Harian Online