KUALA LUMPUR: Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM20,000.
Difahamkan, wang diterima lelaki berusia 30-an itu sebagai sogokan meringankan kesalahan dan siasatan terhadap seorang individu atas kesalahan narkotik.
Sumber berkata, suspek dipercayai pada mulanya meminta wang rasuah RM40,000.
"Bagaimanapun, suspek menerima kira-kira RM20,000 melalui akaun banknya pada 29 November 2022.
"Suspek direman enam hari pada 15 Ogos sehingga semalam, sebelum ditahan semula kira-kira jam 2 petang hari sama di pejabat SPRM Kedah atas satu lagi kesalahan lain," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Katanya, suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.
Sumber: Harian Metro