Butiran matan palsu, ahli lembaga pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan SPRM

Tarikh: 29/08/2024
img

KUALA LUMPUR: Seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM 500,000, petang tadi.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.


"Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar awal tahun 2020 bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM 500,000 daripada sebuah bank pertanian bagi tujuan untuk membiayai kos tetap dan operasi penanaman ubi kayu dan pisang," katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.


Bagaimanapun, katanya suspek sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM.



Sumber: Berita HarianĀ 

MACC FM
My Anti-Corruption Channel