Cuba rasuah polis di Segamat, lelaki ditahan SPRM

Tarikh: 28/01/2025
img

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang disyaki cuba merasuh anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Isnin.


Menurut sumber, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan SPRM di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira jam 3 petang.


Difahamkan, suspek telah ditahan oleh anggota polis ketika pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama empat rakan lain.


"Hasil semakan kad pengenalan kesemua individu mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah.


"Pemeriksaan lanjut dibuat ke atas tubuh badan dan kenderaan yang dinaiki menjumpai pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.


"Semasa proses tangkapan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.


Sumber : Sinar Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel