Dokumen pelaburan FashionValet diambil untuk semakan penyiasat - Azam

Tarikh: 05/11/2024
img

KUALA LUMPUR: Beberapa dokumen berkaitan pelaburan pelaburan dana awam berjumlah RMRM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) diambil di sebuah kementerian dan dua syarikat berkaitan kerajaan antara yang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.


BH difahamkan, pegawai-pegawai SPRM ini menyerbu serentak Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam siasatan di empat lokasi itu.


Satu lagi lokasi yang diserbu SPRM adalah di ibu pejabat FashionValet yang terletak di Bangsar.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis.


Beliau turut berkata, beberapa dokumen yang diambil itu untuk dikaji dan disemak susulan siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet.


"Dokumen yang diambil itu adalah untuk dikaji terlebih dahulu serta menyemak mengenai soal kewangan.


"Siasatan ini baru bermula. Sabtu lalu saya umumkan kita sudah memulakan siasatan tetapi pejabat hanya mula buka hari ini dan sebab itu serbuan dijalankan hari ini," katanya, di sini hari ini.


Difahamkan, juga beberapa individu yang dikaitkan dengan pelaburan mega itu turut bertemu dengan pengawai penyiasat dalam serbuan itu.


Hari ini dalam siaran laman TikTok rasmi SPRM mengatakan, sebanyak empat lokasi berkaitan syarikat itu di ibu negara, disahkan dibongkar penyiasat SPRM, sepanjang hari ini.


Menerusi siaran itu, kelihatan sekumpulan pegawai SPRM masuk ke dalam ibu pejabat berkenaan dan kemudiannya memeriksa beberapa dokumen mengenai pelaburan dua buah agensi berkaitan kerajaan (GLC) dalam syarikat itu.


Turut kelihatan, dua individu dipercayai Usahawan fesyen, Vivy dan Fadzaruddin 'bersoal jawab' oleh penyiasat SPRM di satu pejabat berkenaan. Namun kedua-dua wajahnya dimozekkan.


Sumber: Berita Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel