Eksekutif khidmat pelanggan ditahan disyaki terima suapan RM45,000

Tarikh: 22/11/2023
img

Putrajaya: Seorang eksekutif khidmat pelanggan wanita ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM45,000. Ia sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer, antara Jun hingga Oktober lalu.

Perintah tahanan reman sehingga 16 November itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan.

Sumber berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada jam 5 petang semalam selepas diminta hadir untuk memberikan keterangan.

"Suspek bekerja dengan sebuah syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing dipercayai melakukan perbuatan itu antara Jun hingga Oktober," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel