Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
PUTRAJAYA: Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibebaskan selepas tahanan reman mereka berakhir hari ini.
Menurut sumber, mereka diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
"Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai," katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 10 Julai lepas, SPRM menahan kesemua individu itu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Pasangan suami isteri itu dipercayai melakukan perbuatan itu sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.
Sumber: Astro Awani