FELDA, FCI beri kerjasama siasatan SPRM berkaitan salah guna kuasa, rasuah

Tarikh: 03/09/2026
img

KUALA LUMPUR: FELDA menegaskan tidak akan berkompromi terhadap kegiatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan kepentingan peneroka dan institusi itu.

FELDA menerusi kenyataannya, berkata pihaknya menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, FELDA mengambil maklum mengenai laporan berhubung siasatan SPRM membabitkan lembaga itu dan anak syarikat kumpulannya.

"FELDA menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan dan akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM supaya siasatan dilaksanakan secara telus, adil dan menyeluruh.

"Sehubungan itu, FELDA menyeru semua pihak supaya menghormati proses siasatan berkenaan," katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Syed Fadil Syed Sofi, turut mengulangi komitmen untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Sudah tentu FIC akan memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tujuh kes berkaitan isu FELDA yang dibuka dalam siasatan terbaru SPRM pernah disiasat agensi rasuah atau didedahkan dalam laporan forensik organisasi itu sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata kes berkaitan FELDA yang dibuka oleh SPRM dikesan mempunyai maklumat baharu yang menjadi asas untuk pihaknya meneliti semula kes itu.

SUMBER: BERITA HARIAN

MACC FM
My Anti-Corruption Channel