Isu kerugian UiTM Holdings: Pasukan Forensik SPRM teliti dakwaan penyelewengan

Tarikh: 07/03/2023
img

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menubuhkan pasukan forensik untuk meneliti dakwaan penyelewengan, yang mengakibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) kerugian sebanyak RM157 juta.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kes berkenaan juga masih dalam siasatan dan setakat ini pihaknya belum berhasrat memberikan maklumat lebih lanjut.


"Saya difahamkan satu unit pada bahagian saya telah menubuhkan satu pasukan forensik untuk meneliti kes ini.


"Namun saya nak ingatkan, kerugian itu tidak semestinya berakhir dengan ada kes jenayah, jadi kita kena adil,


"Bila kita siasat ini kita kena tengok dari semua aspek dan kita akan umumkan hasil siasatan kita pada satu hari kelak, supaya tiada pihak menuduh antara satu pihak yang lain," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dengan Universiti Teknologi Mara (Uitm) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA),di sini, hari ini.


Sumber : Berita Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel