Ketua balai polis didakwa terima rasuah RM500 ditahan kerja

Tarikh: 22/07/2026
img

KOTA BHARU: Ketua balai polis yang ditahan reman berhubung dakwaan menerima rasuah RM500 daripada warga asing ditahan kerja.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kes membabitkan ketua balai itu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Untuk ketua balai berkenaan masih dalam siasatan SPRM dan kita tahan kerja dulu untuk siasatan lanjut oleh JIPS," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang ketua balai polis direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman hingga 26 Julai terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima permohonan pegawai SPRM.


Sumber Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel