Ketua pembantu tadbir, pemilik syarikat direman siasat kes rasuah kereta

Tarikh: 08/09/2023
img

KEMAMAN: Seorang ketua pembantu tadbir kanan sebuah agensi kerajaan tempatan negeri dan pemilik syarikat direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dipercayai berlaku pada 2016.

Perintah reman terhadap dua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Pembantu tadbir terlibat dipercayai menerima rasuah iaitu sebuah kenderaan bernilai lebih RM90,000 daripada pemilik syarikat tersebut.

Rasuah itu diberikan oleh pemilik syarikat terbabit sebagai balasan memastikan kerja-kerja pembekalan di agensi berkenaan dari 2017 sehingga 2023 bernilai RM230,000 diperolehi syarikatnya.

Tahanan reman itu membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dua suspek tersebut tiba di pekarangan Majistret Kemaman di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Kedua-dua lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan kes berkenaan pada pukul 3 petang semalam.  

 

Sumber: Utusan Malaysia

MACC FM
My Anti-Corruption Channel