Lelaki menyamar pegawai kanan SPRM direman

Tarikh: 27/07/2023
img

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan agensi itu dan meminta wang rasuah daripada beberapa anggota polis.

 

Ia dipercayai sebagai balasan untuk menyelesaikan kes-kes siasatan SPRM.

 

Sumber berkata, suspek berusia lingkungan 20-an sebelum itu ditahan ketika serbuan di daerah ini oleh SPRM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Terdahulu, perintah reman lima hari sehingga 29 Julai dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles, hari ini.

 

Sebelum ini, SPRM Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket penyamaran pegawai kanan SPRM dan pegawai kanan Menteri Dalam Negeri bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes yang disiasat oleh agensi penguatkuasa

 

Hasil serbuan, tujuh individu warga tempatan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan.

 

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

 

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel