Menantu Muhyiddin lari: SPRM mohon Notis Merah INTERPOL

Tarikh: 10/08/2023
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon Notis Merah polis antarabangsa (INTERPOL) terhadap menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi individu yang dipercayai melarikan diri dalam kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

 

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, berkata permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

 

Katanya, permohonan terhadap dua suspek termasuk menantu kepada bekas perdana menteri itu akan dilakukan sekiranya mereka tidak muncul membantu siasatan.

 

Beliau turut menjelaskan, ketika ini SPRM juga akan minta kerjasama PDRM dan Jabatan Imigresen (Imigresen) untuk membekukan pasport dua individu berkenaan.pelabuhan.

 

Individu pertama yang dicari SPRM ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, manakala, seorang peguam, Mansoor Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

 

 

Sumber: Berita Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel