Semalam, suspek lelaki berusia 40-an ditahan di sebuah cafe di sekitar Subang Jaya, Selangor kira-kira 4 petang. Sumber berkata, suspek dipercayai menghubungi pemilik syarikat berkenaan dan meminta wang itu pada Oktober lalu bagi penerbitan buletin dilaksanakan oleh syarikat terbabit untuk sebuah jabatan kerajaan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.
Sumber: Harian Metro