Kuala Lumpur: Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara susulan banjir di negeri itu sejak semalam.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan dilaksanakan bermula hari ini berikutan laluan masuk ke pejabat berkenaan dinaiki air.
"Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh Pejabat SPRM Negeri Perlis akan dibuka semula namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan," kata kenyataan itu.
SPRM berkata, sebarang aduan rasuah atau rujukan boleh dibuat menerusi saluran rasmi SPRM di alamat www.sprm.gov.my atau menerusi Portal Aduan Rasuah SPRM, www.portaladuan.sprm.gov.my serta di talian bebas tol 1 800-88-6000 dan aplikasi MACC Mobile.
Sumber: Berita Harian Metro