Pemalsuan tuntutan PERKESO: SPRM tahan 3 doktor kanan di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Tiga doktor kanan yang bertugas di dua hospital di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Difahamkan, dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.
Penahanan tiga doktor itu pagi tadi disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan SPRM dengan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka akan ditahan reman.
Difahamkan, dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.
Penahanan tiga doktor itu pagi tadi disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata siasatan lanjut akan dijalankan SPRM dengan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka akan ditahan reman.
"Ia (ditahan reman) bergantung kepada penemuan pegawai siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Julai lalu, Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.
Beliau memaklumkan Dewan Negara, mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor yang digantung itu kembali bertugas di hospital sama.
Beliau turut mengingatkan Dewan bahawa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta, yang mana 16 melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas terbongkar.
Sumber: Berita Harian