Pencegahan rasuah antara 11 MoU Malaysia-India

Tarikh: 08/02/2026
img

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, hari ini, menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.

Majlis itu diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, sempena lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula semalam.

Antara yang menjadi tumpuan ialah MoU antara Malaysia dan India membabitkan usaha membanteras dan mencegah rasuah, piawaian latihan, pensijilan dan pengawasan bagi pelaut serta pengurusan bencana.

Dokumen lain termasuk perjanjian mengenai penerbitan audio visual, Memorandum Kerjasama dalam bidang tenaga kerja, Pertukaran Nota dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara, serta dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Dr S Jaishankar masing-masing mewakili Malaysia dan India dalam pertukaran dokumen itu.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel