Pengarah syarikat antara ditahan kemuka butiran palsu

Tarikh: 10/08/2023
img

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada sebuah perbadanan.

 

Tuntutan tersebut dilakukan bagi tujuan kursus berjumlah kira-kira RM14,000 sedangkan kursus tersebut tidak dilaksanakan.

 

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an itu dipercayai ditahan sekitar pukul 7 malam di pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.

 

“Kesemua mereka ditahan selepas diminta hadir untuk memberikan keterangan berhubung tuntutan yang dilakukan antara bulan Oktober hingga Disember 2022,” katanya.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek bagaimanapun tidak direman tetapi dilepaskan dengan jaminan SPRM semalam.

 

 

Sumber: Kosmo

MACC FM
My Anti-Corruption Channel