Penguatkuasa ditahan minta rasuah RM30,000

Tarikh: 17/08/2023
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota penguatkuasa kerana disyaki meminta wang rasuah kira-kira RM30,000 sebagai balasan untuk menukarkan pertuduhan terhadap seorang individu yang melakukan kesalahan jenayah.

 

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 3 petang, semalam.

 

Katanya, lelaki itu dipercayai melakukan kesalahan terbabit pada Oktober 2022.

 

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos nanti dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah selepas pihak SPRM membuat permohonan itu, pagi tadi.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

 

 

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel