Penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM111,000 ditahan

Tarikh: 16/07/2024
img

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir mantan palsu bagi mendapatkan bayaran pampasan tanah bernilai kira-kira RM111,000.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2014 dengan mengemukakan tuntutan palsu yang disyaki untuk membantu ahli keluarganya mendapatkan bayaran pampasan tanah di sebuah jabatan di negeri ini.

"Atas alasan tanah berkenaan terbabit dengan sebuah projek pembinaan jalan sedangkan tanah itu tidak terbabit," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.

Katanya lagi, suspek akan di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi untuk didakwa.

Sumber: Berita Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel