KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah
kira-kira RM45,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal
program sebuah jabatan di Kelantan.
Menurut sumber, suspekyang ditahan pada jam 9.45 pagi tadi turut
meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat perlantikan
sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat itu untuk meminta
bayaran.
Terdahulu, lelaki yang berusia 30-an itu hadir ke pejabat SPRM Kelantan untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika
dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah
Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sumber:
MalaysiaGazette