PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI tidak akan bertolak ansur mahupun menerima sebarang ugutan, sama ada daripada kawan atau lawan, dalam usaha memerangi rasuah.
Sebaliknya, Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan akan terus bertindak tegas demi negara supaya wang yang diselamatkan dapat digunakan untuk membela nasib rakyat.
"Saya baru menghadap Yang di-Pertuan Agong dan antara tema utama dipersembahkan ialah mengenai langkah tegas kebelakangan ini serta mutakhir ini terhadap rasuah yang menular pada peringkat atasan.
"Saya tentunya menyampaikan maklumat terkini... menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan daripada mana-mana pihak, dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
Sumber : Berita Harian Online