PM mahu warga imigresen galas tugas dengan integriti, tolak rasuah dan penyelewengan

Tarikh: 22/07/2026
img

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seluruh warga Jabatan Imigresen melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta menolak sebarang bentuk penyelewengan dan rasuah.

Dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Imigresen hari ini, beliau berkata selain integiriti, warga imigresen juga perlu sentiasa mengangkat nilai ihsan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berhemah dan berwibawa.

Anwar juga berharap warga imigresen terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memelihara kedaulatan negara.

"Selamat Hari Imigresen kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. Semoga terus cemerlang dalam memelihara kedaulatan negara, berbakti kepada rakyat dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia," kata Perdana Menteri.

Tema sambutan Hari Imigresen 2026 ialah "Melakar Wajah Baharu Imigresen". – BERNAMA

MACC FM
My Anti-Corruption Channel