Rasuah pinda seksyen kesalahan: Pegawai penguat kuasa ditahan

Tarikh: 01/08/2024
img

Kuala Lumpur: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM5,000 bagi meminda seksyen kesalahan untuk satu kes penipuan. Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan di tempatnya bertugas jam 9.40 malam tadi.


"Siasatan awal dilakukan mendapati suspek meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM5,000 daripada pengadu. "Ia adalah sebagai balasan untuk meminda seksyen kesalahan bagi kes penipuan yang dikenakan terhadap pengadu," katanya.


Terdahulu, perintah reman selama lima hari sehingga 4 Ogos ini dikeluarkan oleh Majistret Fatin Dayana Jalil selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Jalan Duta, di sini, pagi tadi. Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sumber: Harian Metro 


MACC FM
My Anti-Corruption Channel