Rasuah RM500,000 untuk dapat tender, pegawai eksekutif kanan direman 5 hari

Tarikh: 08/09/2023
img

Kuala Lumpur: Pegawai eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas dipercayai terbabit dengan rasuah RM500,000 bagi mendapatkan tender bernilai kira-kira RM70 juta.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditahan jam 3.30 petang semalam dalam satu operasi khas di Kuching. Suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 9 September nanti selepas permohonan dikeluarkan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Ia selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," katanya.

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel