Rasuah: Sarjan polis kekal dipenjara 2 tahun, denda RM10,000

Tarikh: 04/11/2025
img

Hakim Datuk Mohd Radzi Harun menolak rayuan Mohd Ridhuan Kasah, 45, dan mengekalkan hukuman Mahkamah Sesyen pada 10 Mac 2022.

Hukuman berkuat kuasa hari ini.

Mohd Ridhuan dituduh secara rasuah memperoleh RM1,000 daripada Syed Mohd Firdaus Syed Hussin melalui serahan tangan di bilik pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya pada 5 petang, 18 September 2020.

Dia juga didakwa memperoleh RM1,000 melalui serahan tangan daripada individu sama bagi tujuan serupa di Pekan Station 2 di bandar Pekan, pada 12.30 tengah hari, 19 September 2020.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dr Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hamizey Mat Taib dan Halimaton Saadiah Abu Samah.

Sumber: Berita Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel