RCI Tabung Haji: Bekas CFO badan berkanun dipanggil beri keterangan

Tarikh: 05/08/2026
img

Putrajaya: Seorang bekas ketua pegawai kewangan (CFO) bergelar Datuk di sebuah badan berkanun menjadi individu terbaru dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung pendedahan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.

Beliau hadir pada jam 11.40 pagi menaiki kenderaan utili sukan dengan seorang pemandu.

Semalam, SPRM menahan masing-masing bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat milik badan berkanun berhubung kes sama.

Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Mereka berdua ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM jam 6.30 petang semalam.

Bagaimanapun, suspek dibebaskan atas faktor kesihatan dan hadir semula ke SPRM pada jam 10 pagi ini untuk disambung rakaman percakapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi semalam mengesahkan kedua-dua suspek hadir ke SPRM untuk dirakam ketenangan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel