RCI TH: Senarai 11 individu direman SPRM

Tarikh: 03/09/2026
img

PUTRAJAYA: Seramai 11 individu sudah ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan individu berkenaan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

"SPRM menahan seramai 18 individu manakala 11 lagi direman. Saksi yang dirakam percakapan adalah seramai 245 individu," katanya.

Berikut adalah senarai 11 individu yang sudah ditahan reman;

1) Bekas Pengarah Urusan TH (61 tahun)

2) Pengarah Syarikat Putrajaya Perdana (59 tahun)

3) Bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn Bhd (61 tahun)

4) Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (60 tahun)

5) Bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad (69 tahun)

6) Ketua Pegawai Operasi Alam Maritim Sdn Bhd (67 tahun)

7) Bekas Pengurus Besar Kanan Haji TH (65 tahun)

8) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (58 tahun)

9) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (59 tahun)

10) Bekas Penasihat Undang-Undang TH (60 tahun)

11) Bekas Menteri (65 tahun)


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel