Reman Sofia Rini tidak disambung

Tarikh: 01/12/2025
img

Putrajaya: Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan berhubung isu rasuah, dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir hari ini. 

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

"Reman tamat hari ini dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan SPRM Jumaat lalu.


Turut ditahan ialah ahli perniagaan, Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing dan juga wanita bernama Sofia Rini Buyong.


Susulan itu, Shamsul Iskandar dan Albert Tei masing-masing direman enam hari manakala Sofia Rini, empat hari.


Azam sebelum ini dilaporkan berkata, Albert Tei ditahan kerana menjadi individu paling penting dalam siasatan dakwaan membabitkan Shamsul Iskandar.

MACC FM
My Anti-Corruption Channel