Seleweng dana NGO: Selain 18 kenderaan, ini perincian aset dan tunai dirampas SPRM cecah RM8.73 juta

Tarikh: 23/04/2026
img

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan nilai keseluruhan rampasan aset melalui Op Sutra membabitkan tiga individu, termasuk timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan negeri (NGO) yang menyeleweng dana sumbangan setakat ini mencecah RM8.73 juta.

SPRM melalui laman TikTok rasmi mendedahkan, 18 kenderaan termasuk mewah membabitkan lapan jenama disita pegawainya setakat ini, dengan paling mahal membabitkan Range Rover bernilai RM1.2 juta.

Selain itu dua kereta Mercedes-Benz, masing-masing tiga Porsche, Honda dan Toyota, empat Lexus serta masing-masing satu Proton dan motosikal SM Sports.

Nilai keseluruhan kenderaan disita berjumlah RM7.36 juta.

Berikut senarai aset yang dirampas SPRM setakat jam 8 malam ini:

1. WANG TUNAI - Jumlah: RM146,678.45

* Duit tunai - RM39,700 (lokasi berbeza)

* Duit tunai (AS$700) - RM2,767.45

* Wang tunai - RM10,000 (lokasi berbeza)

* Wang tunai - RM94,211 (lokasi berbeza)


2. BARANGAN EMAS - Jumlah: RM823,497

* 6 gold bar - RM371,100

* 12 gelang tangan - RM215,611

* 5 rantai leher - RM40,845

* 9 cincin 36.66g - RM22,239

* 1 loket emas 4.20g - RM2,547

* 1 gelang tangan 33.91g - RM10,600

* 1 rantai leher 43.89g - RM15,760

* 1 gelang tangan 6.53g - RM3,961

* 1 rantai leher 30.83g - RM18,700

* 10 cincin 54.52g - RM33,074

* 6 rantai tangan 146.81g - RM89,060


3. JAM TANGAN - Jumlah: RM371,000

* 1 x Tag Heuer - RM11,000

* 1 x Rolex - RM50,000

* 3 x Cartier 3 - RM120,000

* 1 x Rolex - RM190,000


4. KENDERAAN - Jumlah: RM7,364,366.05

* Mercedes-Benz S560E - RM588,122.75

* Range Rover - RM1,250,000

* Porsche 911 Turbo S - RM638,000

* Lexus RX500H F Sport - RM508,888

* Lexus RX 350 Luxury - RM468,888

* Motosikal SM Sport 110E - RM3,000

* Lexus RX 300 - RM230,000

* Mercedes-Benz S560E - RM658,888

* Honda Civic Type R - RM399,900

* Porsche Macan Turbo Electric - RM635,000

* Porsche Macan - RM430,000

* Honda HR-V 1.5T V - RM130,900

* Toyota GR Yaris RZ - RM315,600

* Honda CR-V 2.0 eHEV RS - RM178,200

* Toyota Alphard - RM250,940

* Lexus RX 300 - RM392,639.30

* Proton X50 - RM115,600

* Toyota Vellfire - RM169,800


5. BEG TANGAN & BARANGAN LAIN - Jumlah: RM20,740.00

* 2 x Coach - RM6,550.00

* Ferragamo dan tali pinggang - RM14,190


Sumber : Berita harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel