Siasatan isu beras: SPRM tidak sasar mana-mana pihak

Tarikh: 16/10/2023
img

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan berhubung kepincangan bekalan beras di negara ini bukan menjurus kepada individu atau pihak tertentu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak ada menetapkan sasaran berhubung siasatan SPRM melibatkan isu beras.

Malah kata beliau, tidak ada agensi tertentu atau mana-mana pihak kerajaan negeri menjadi sasaran siasatan SPRM berhubung perkara tersebut. "Ini kerana tugas kami di SPRM adalah untuk meneliti sebarang maklumat atau aduan yang diterima, kemudiannya bertindak secara profesional menyiasat mereka yang terlibat.

"Malah tidak ada juga kekangan politik atau penglibatan mana-mana pihak dalam jangkaan kami kerana siapa sahaja yang bersalah atau menyalah guna kuasa akan menjadi perhatian kami, tidak kira siapa pun mereka itu," katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Public Private Partnership (PPP) Fasa 2.0 dengan tajuk Pendekatan Strategik dan Holistik Memerangi Jenayah Rasuah dan Pengubahan Wang Haram Selari Dengan Aliran Global.

Hadir sama Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abd Rahman Abu Bakar.

Sumber: Sinar Harian

MACC FM
My Anti-Corruption Channel