SHAH ALAM - Dua individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan kes pengagihan kouta jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah.
Menurut sumber, reman kedua-dua lelaki yang juga kakitangan syarikat pelancongan itu bermula Selasa.
"Mereka juga perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pengarah Kanan SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman terbabit untuk siasatan di Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Khamis lalu, SPRM telah menahan enam individu berusia 34 hingga 55 tahun terdiri daripada pengarah serta kakitangan syarikat pelancongan membabitkan enam syarikat menerusi operasi khas di empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah.
Sumber : Sinar Harian