SPRM cari Camille Angela

Tarikh: 27/01/2025
img

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan wanita warga Filipina dikenali Camille Angela Estipona Jabinao bagi membantu siasatan.


Menurut agensi itu, Camille Angela mempunyai alamat terakhir di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Metropolitan, Kuala Lumpur.


"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Haziq Mohd Yasin di talian 07-2316000 atau 011-14007593 atau emel kepada haziq.yasin@sprm.gov.my," menurut kenyataan hari ini.


Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel