KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya yang ditahan dengan wang tunai RM38 juta pada Julai lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan terhadap individu itu dijalankan oleh pasukan petugas dianggotai pelbagai agensi kerajaan, termasuk SPRM.
"Pasukan petugas itu dianggotai pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain," katanya.
Penahanan ahli perniagaan dan sekutunya itu dilakukan SPRM dalam Op 82S yang diadakan besar-besaran pada 25 Julai lalu
Hasil penahanan itu, SPRM merampas emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah.
Sumber: Berita Harian