SPRM panggil 4 individu lagi berkait siasatan terhadap Daim

Tarikh: 15/01/2024
img

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil empat individu berhubung siasatan melibatkan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Peguam mewakili empat individu itu, bagaimanapun membidas agensi antirasuah itu selepas dilarang menemani anak guam mereka ketika soal siasat berlangsung.

“Justeru, SPRM menghalang kami mewakili dan menasihati anak guam kami,” kata Rajesh dalam kenyataan kepada FMT.

Pegawai SPRM ketika disoal berhubung tindakan berkenaan didakwa memaklumkan kepada peguam berkenaan, ianya “arahan datang daripada pihak atasan”.

Beliau berkata, tindakan SPRM disifatkan sebagai “luar biasa dan tidak wajar”.

“Hak untuk diwakili secara undang-undang tidak boleh dilanggar dan tidak boleh diterima sama sekali bagi seseorang dinafikan haknya untuk mendapat nasihat peguamnya. SPRM bertindak dengan cara tidak sepatutnya.

Rajesh berkata, semua anak guamnya memberi kerjasama dan segera hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi dirakam keterangan walaupun diberikan notis kurang 24 jam.

Beliau kemudian menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menjelaskan kenapa peguam dilarang menemani anak guam mereka.

Ini bukan kali pertama isu peguam dihalang mewakili anak guam mereka dibangkitkan.

Pada Jun tahun lalu, Lawyers for Liberty turut membangkitkan kebimbang sama. Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata undang-undang tidak memperuntukan peguam mesti hadir ketika proses soal siasat.

Bulan lalu, SPRM mendedahkan agensi itu sedang menyiasat Daim atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang susulan tindakan menyita Menara Ilham, yang dilaporkan milik Daim dan keluarganya.

Bagaimanapun, Daim menafikan apa juga perbuatan rasuah dan salah laku dan berkata siasatan “tidak lain merupakan suatu pemburuan politik”.

Peguam Rajesh Nagarajan menyifatkan keputusan SPRM menghalang peguam sebagai “penindasan menyalahi undang-undang dan angkuh”.

“Khususnya, seorang daripada peguam mewakili individu itu berada bersama anak guam di bilik temu duga dengan secara tiba-tiba pegawai SPRM meluru masuk dan memaksa peguam berkenaan keluar.

Sumber: Free Malaysia Today

MACC FM
My Anti-Corruption Channel