SPRM Sarawak syor empat penambahbaikan tatakelola JKR Sarawak

Tarikh: 04/11/2025
img

Kuching: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak membentangkan sebanyak empat syor penambahbaikan tatakelola kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berhubung Pembekalan Alat Personal Protective Equipment (PPE) oleh kontraktor di bawah Pengurusan JKR Bahagian Miri, Sarawak.

Antara syor itu ialah mewujud dan menyediakan peraturan yang menjelaskan spesifikasi peralatan PPE di dalam dokumen tender yang mematuhi standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)/Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Cadangan kedua ialah menyediakan surat larangan kepada pegawai dan kakitangan iaitu tidak dibenarkan menerima, meminta dan menuntut wang daripada mana-mana kontraktor termasuklah pembelian peralatan PPE.

Syor yang dibentangkan oleh Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Hasbilah Mohamad Salleh itu turut mencadangkan JKR Sarawak menyediakan aku janji iaitu pelaksanaan 'Pakatan Integriti' kepada kontraktor terpilih supaya mematuhi perkara termaktub di dalam dokumen tender Kerajaan Negeri Sarawak.

Sesi pembentangan yang diadakan di Ibu Pejabat JKR, Sarawak di sini, hari ini turut disertai sesi menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di antara Datuk Hasbilah dan Pengarah JKR Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris.

Syor penambahbaikan ini muncul ketika pengurusan JKR Bahagian Miri melaksanakan Projek Rural Transformation Project (RTP) pada 2020 dikenali Projek Membina Dewan Serbaguna Kampung Long Aya iaitu projek bernilai RM 310,000.

Menerusi projek itu, SPRM mendapati pegawai JKR Bahagian Miri menuntut dan meminta wang daripada kontraktor untuk membeli sendiri peralatan PPE bagi kegunaan pemantauan dan pemeriksaan projek sedangkan pembekalan PPE itu sepatutnya disediakan oleh kontraktor.

Sementara itu, Cassidy menyambut baik cadangan itu dan menyatakan persetujuan untuk melaksanakannya.

Sumber: Berita Harian Metro online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel