SPRM siasat tiga tender perolehan di UKM bernilai RM58.45 juta

Tarikh: 24/11/2025
img

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap tiga tender perolehan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada Julai lalu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, berkata, setakat ini, seramai lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan jenayah rasuah.

Katanya, proses siasatan termasuk penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan.

"Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan tersebut.

"Isu ini turut mendapat perhatian apabila dibangkitkan dalam titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semasa Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi, hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen berterusan komitmen berterusan SPRM untuk memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dijalankan dengan baik, seiring usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.


Sumber : Berita Harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel