SPRM tahan pengarah syarikat kemuka dokumen palsu kepada mahkamah

Tarikh: 18/09/2023
img

Johor: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen kepada sebuah mahkamah di Johor yang mengandungi butir matan palsu pada Februari 2022 membabitkan urusan pemilikan sebuah kapal dagangan.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai ditahan jam 7.45 malam semalam di pejabat SPRM Johor.

"Suspek dipercayai menggunakan dokumen palsu itu untuk mendapat hak penjagaan sementara kapal terbabit yang dimiliki sebuah syarikat dari negara jiran kepada sebuah syarikat miliknya.

"Bagaimanapun suspek menjual kapal itu dengan harga kira-kira RM 1.2 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja memotong kapal," katanya.

Susulan penahanan itu suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Majistret Suhaili Sapian membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 September ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Harian Metro

MACC FM
My Anti-Corruption Channel