SPRM tahan setiausaha persatuan staf akademik universiti disyaki seleweng RM84,500

Tarikh: 03/09/2025
img

MELAKA: Setiausaha Persatuan Staf Akademik di sebuah universiti awam di Melaka direman lima hari kerana disyaki menyeleweng duit persatuan untuk membayar kos guaman dan kos perintah mahkamah bagi pihak isterinya berjumlah RMRM84,500, tahun lalu.

Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Ayer Keroh membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek lelaki berusia 47 tahun hari ini hingga 7 September ini.

Menurut sumber, suspek ditahan jam 5.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya dengan menggunakan duit persatuan itu sebanyak RM84,500 untuk membayar kos guaman dan kos perintah mahkamah bagi pihak isterinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Sumber :Berita harian Online

MACC FM
My Anti-Corruption Channel